PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI II 2022/2023
- Details
- Hits: 306
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐈𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑
Pendaftaran pelajar baharu sesi II 2022/2023 kampus Politeknik Sultan Idris (PSIS), pagi ini berjalan lancar. Pada sesi ini seramai 301 orang pelajar baharu telah mendaftarkan diri.
Pengarah PSIS , Ts. Zulkurnain bin Shahadan dan Pengurusan PSIS mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menyambung pengajian di PSIS.
Seterusnya, Pengarah juga turut berharap agar semua urusan siswa siswi dipermudahkan oleh-Nya sepanjang menempuh fasa pengajian di PSIS selain berharap agar mereka dapat bergraduan dengan cemerlang dan menjadi keluaran TVET yang unggul.
Akhir sekali, pihak Pengurusan PSIS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas termasuk Pegawai Polis yang hadir, pelajar-pelajar sukarelawan dan kakitangan yang terlibat memastikan proses pendaftaran pelajar baharu berjalan lancar.
Selamat Datang ke Politeknik Sultan Idris Shah & Selamat Menjalani Minggu Transformasi Siswa !!!
=====================
Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech
#TVETPilihanUtamaKerjaya