𝐅𝐥𝐚𝐠 𝐨𝐟𝐟 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐤𝐞 𝐈𝐏𝐈𝐓𝐄𝐗 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐎𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟑

Pasukan penyelidik inovasi PSIS yang terdiri daripada tiga kumpulan penyelidik pensyarah seramai tujuh orang Inventor akan menyertai IPITEX (International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition) BANGKOK 2023, yang berlangsung mulai 2 hingga 6 Februari 2023 di BITEC, Bangkok, Thailand, anjuran National Council Research Technology (NCRT), agensi di bawah kerajaan Thailand.

Sebanyak 68 pasukan daripada Malaysia bakal berjuang di pentas antarabangsa kali ini daripada 214 jumlah penuh penyertaan dari pelbagai negara.

Pengarah PSIS, Ts. Zulkurnain Shahadan menyampaikan amanat dan hasrat buat pasukan PSIS agar dapat memperolehi kemenangan GOLD pada siri kali ini.

Kami warga PSIS mendoakan kejayaan gemilang buat tujuh orang delegasi pensyarah penyelidik dengan produk inovasi masing-masing yang mampu menambat hati juri nanti.

Usaha ini secara langsung memberi inspirasi positif kepada rakan penyelidik baik dari kalangan pensyarah dan juga pelajar untuk terus menyuburkan budaya menyelidik dan berinovasi dalam bidang kepakaran yang ada demi memajukan sumber institusi, komuniti dan negara pada masa akan datang.

Semoga berjaya!!!

=====================

Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#ipitex2023bangkok
#teampsisgoldmedal
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech