EXPERT SHARING SESSION: DIGITAL MARKETING & PRODUCT TRAINING
- Details
- Hits: 324
𝐄𝐱𝐩𝐞𝐫𝐭 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧: 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠 & 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐭 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠
Tarikh: 17 Januari 2023
Hari: Selasa
Unit Pembangunan Usahawan, Politeknik Sultan Idris Shah telah berjaya menganjurkan program Expert Sharing Session: Digital Marketing & Product Training pada 17 Januari 2023, yang melibatkan seramai 29 orang pensyarah dan mentor keusahawanan PSIS. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada tenaga pengajar keusahawanan dalam aspek terkini pemasaran digital dan daya cipta penghasilan produk yang berkait dengan keperluan kursus yang akan diajar iaitu kursus, MPU22012 Entrepreneurship, DPU30013 Digital Entrepreneurship dan DFT30103 Cyberpreneurship untuk semua jabatan akademik.
Penceramah khas dijemput iaitu, Tuan Baitul Mustawa Bin Hj Rais, merupakan Pengarah Urusan TurboAds Academy di Barb Legasi Sdn Bhd.
Lonjakan program ini berteraskan kepada agenda keusahawanan JPPKK yang mendasari Dasar Keusahawanan Negara (DKN 2030), lonjakan (1) PPPM (2015-2025), melahirkan graduan holistik yang bercirikan keusahawanan dan seimbang serta KPI Pelan Tindakan Keusahawanan KPT (2021-2025), yang berteraskan transformasi landskap keusahawanan institusi ke arah inovasi dan teknologi.
Pengisian program kali ini lebih bersifat hands on dengan tunjuk ajar dan bimbingan penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital dan penghasilan produk.
Semoga dengan usaha ini, dapat membantu usahawan muda pelajar PSIS ke tahap yang lebih cemerlang pada masa depan.
=====================
Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech