𝙏𝘼𝙃𝙉𝙄𝘼𝙃 𝙋𝙎𝙄𝙎 !!
Sukacitanya dimaklumkan, Politeknik Sultan Idris Shah telah menduduki tangga ke - 484 dalam Audit UI Greenmetric World University Rankings 2022. Penyertaan kali ini merupakan tahun ke -3 dan PSIS telah berjaya memperbaiki kedudukan berbanding tahun sebelumya.
UI GreenMetric World University Ranking merupakan satu sistem penilaian atas talian bagi mengukur iltizam pelestarian kampus dan alam sekitar yang diusahakan oleh kampus institusi pengajian tinggi seluruh dunia. UI GreenMetric World University Ranking dibina berdasarkan konsep asas Pembangunan Lestari, iaitu keseimbangan antara perkembangan ekonomi, kestabilan sosial dan pemuliharaan alam sekitar.
Tahniah dan Syabas!
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech