𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝙈𝙀𝙉𝘼𝙉𝘿𝘼𝙏𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉𝙄 𝙎𝙄𝙅𝙄𝙇 𝙆𝙊𝙇𝘼𝘽𝙊𝙍𝘼𝙎𝙄 𝙎𝙏𝙍𝘼𝙏𝙀𝙂𝙄𝙆 𝘼𝙉𝙏𝘼𝙍𝘼 𝙋𝙊𝙇𝙄𝙏𝙀𝙆𝙉𝙄𝙆 𝙎𝙐𝙇𝙏𝘼𝙉 𝙄𝘿𝙍𝙄𝙎 𝙎𝙃𝘼𝙃 𝘿𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙄𝘼 𝙍𝙊𝙊𝙁𝙄𝙉𝙂 𝙄𝙉𝘿𝙐𝙎𝙏𝙍𝙄𝙀𝙎 𝙎𝘿𝙉 𝘽𝙃𝘿 (𝙆𝙐𝙈𝙋𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙎𝙔𝘼𝙍𝙄𝙆𝘼𝙏 𝘼𝙅𝙄𝙔𝘼)

2 November 2022 – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik dengan Asia Roofing Industries Sdn Bhd (Kumpulan Syarikat AJIYA). Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Konference dan Bilik Pameran, Asia Roofing Industries Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor. Dalam majils ini, Ts. Zulkurnain bin Shahadan selaku Pengarah PSIS telah menandatangi Sijil kolaborasi Strategik dengan Ketua Pegawai Eksekutif AJIYA, Dato’ Chan Wah Kiang.


Dengan kolaborasi ini, kedua-dua pihak telah bersetuju bekerjasama dalam pelbagai bidang yang melibatkan aktiviti/ program seperti perkongsian ilmu, teknologi dan kemahiran dalam industri pembinaan pasang siap (IBS), bekerjasama dalam penganjuran seminar, persidangan dan pembangunan penyelidikan, latihan industri berstruktur, program sangkutan industri pensyarah, program Corporate Social Responsibility (CSR) dan juga kerjasama lain yang bermanfaat kepada komuniti dan negara.