Majlis Penutup Kumpulan II Program Pertukaran Pelajar Dalam Talian SEAMEO TVET 2022 : Politeknik Sultan Idris Shah dan Universitas Tunas Pembangunan, Surakarta (UTP), Indonesia.


Pusat Hal Ehwal Antarabangsa Universitas Tunas Pembangunan Surakarta, (UTP) dengan kerjasama Unit Pengantarabangsaan dan Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah berjaya menganjurkan Majlis Penutup Kumpulan II Program Pertukaran Pelajar Dalam Talian SEAMEO TVET 2022 : PSIS dan UTP pada 14 Oktober, 2022, jam 3.30 petang hingga 4.30 petang .

Majlis ini telah dilaksanakan melalui platform Zoom dan disempurnakan oleh Dr. Winarti, M. Si.; Rektor Universitas Tunas Pembangunan, Surakarta, Indonesia. Antara pengisian majlis ini adalah ucapan aluan oleh Ketua Unit Pengantarabangsaan PSIS; Noorarizawaty binti Aris dan Ansgar Schaefer; wakil daripada Sekretariat SEAMEO, Bangkok. Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam PSIS; Saedah Johnny Noakes & Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam UTP; Herman Susilo ST., MT juga turut hadir secara dalam talian bagi menyampaikan penghargaan kepada pelajar dan pensyarah yang terlibat di dalam program pertukaran pelajar ini

Tetamu jemputan juga turut berpeluang mengikuti aktiviti sepanjang tiga minggu program pertukaran pelajar ini melalui tayangan kompilasi multimedia yang mendokumenkan gambar dan video aktiviti serta maklumbalas pelajar dan pensyarah yang terlibat di dalam program ini.

Semoga kejayaan kumpulan pelajar DAS ini akan menjadi pencetus inspirasi kepada kumpulan pelajar seterusnya di semua Jabatan Akademik PSIS untuk memberi komitmen terbaik di dalam penyertaan program pertukaran pelajar di masa hadapan.

Selamat maju jaya di masa hadapan buat pelajar PSIS: Kirbasri A/P Reho, Dharshini A/P Chandran, Zuhaizhad Bin Rosli, Dayana Batrisyia Bt Ahmad Najid dan Abdul Haleem Bin Anvar Sadath.

#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati