PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA BERSAMA SEKRETARIAT RAKAN MUDA PSIS 2022
- Details
- Hits: 504
PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA BERSAMA SEKRETARIAT RAKAN MUDA PSIS 2022
Tarikh: 08 Oktober 2022
Seramai 60 orang ahli Sekretariat Rakan Muda Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dijemput untuk menyertai Majlis Perasmian Hari Sukan Negara yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama exco sukan MPP PSIS di Dewan Sabak Bernam , Sungai lang .
Majlis dirasmikan oleh Tuan Amri bin Ismail selaku Pegawai Daerah Sabak Bernam . ‘Jom Turun Padang’ menjadi tagline program pada tahun ini.
Apakah objektif program Hari Sukan Negara ini dijalankan ? Objektif program ini dijalankan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cerdas dan aktif. Bukan itu sahaja , malah ia dapat memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sempena bulan Hari Sukan Negara , pihak penganjur telah mengadakan pelbagai pertandingan seperti liga futsal, liga pemadam , memanah, ‘coconut bowling’ ,timbang bulu ayam dan lompat tali. Aktiviti seperti senamrobik , zumba dan ‘fun walk’ juga dijalankan.
Program ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan khususnya ahli Sekretariat Rakan Muda PSIS yang ikut serta program tersebut. Orang awamyang turut hadir juga membantu menyamarakkan lagi Hari Sukan Negara ini.
Turut serta , Encik Shahrul selaku penasihat Kelab Sekretariat Rakan Muda PSIS bagi memeriahkan lagi program. Sekalung Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang menyertai pertandingan . Tidak lupa juga , pemenang bertuah yang memenangi cabutan bertuah pada hari ini.
Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam majlis ini bagi meriahkan lagi Hari Sukan Negara. Tidak terlupa dengan kerjasama semua peserta yang bersemangat dengan menunjukkan nilai kesukanan dalam diri secara jelas. Akhir kata, slogan ‘Jom Turun Padang’ akan menjadi rutin harian di PSIS agar dapat memhidupkan suasana kesukanan di PSIS.
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati