MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KALI KE-16

Tarikh: 06 Oktober 2022
Sidang: 3

Telah berlangsung sidang 3 Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali Ke-16 bertempat di Dewan Seri Lang, PSIS. Seramai 342 graduan dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menerima Diploma masing- masing. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Sabir bin Mohamad Sabri, Pengarah Urusan Dataprep Holdings Berhad merangkap rakan kolaborasi Industri PSIS.

Majlis hari ini juga telah merakamkan penyampaian anugerah kecemerlangan Akademik dan Ko-kurikulum dan Projek Terbaik.

Pengarah serta Ahli Pengurusan PSIS mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali Ke-16.

Sekian.

#PSISdesigningYourFuture
#PSISdihati