MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KALI KE 16

Tarikh: 05 Oktober 2022
Sidang: 2

Telah berlangsung sidang 2 Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali-16 bertempat di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah. Seramai 406 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah menerima Diploma masing- masing. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Ruslin bin Abdul Karim merangkap Ahli Jawatankuasa Penasihat Industri PSIS.

Majlis hari ini juga telah merakamkan penyampaian anugerah kepada graduan yang cemerlang sepanjang pengajian mereka.

Anugerah Pengarah, Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta Anugerah Projek Terbaik.

Tahniah para Graduan!!

Sekian, terima kasih.

#PSISdesigningYourFuture
#PSISdihati