MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KALI KE 16

Tarikh: 04 Oktober 2022
Sidang: 1

Telah berlangsung sidang 1 Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali-16 bertempat di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah. Seramai 586 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Perdagangan telah menerima Diploma masing- masing. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Rozali bin Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Berhad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri PSIS.

Pada Majlis Konvokesyen tersebut, terdapat beberapa anugerah telah disampaikan antaranya Anugerah Khas Tan Sri Rozali, Anugerah Khas Kepimpinan dan Anugerah Khas Industri. Penerima anugerah membawa pulang wang tunai, plak dan jambangan bunga yang ditaja oleh Puncak Niaga Holding Berhad.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua graduan.

Sekian, terima kasih.

#PSISdeisignigYourFuture
#PSISdihati