Telah berlangsung Program CSR, Kursus menghasilkan bahan bantu mengajar menggunakan aplikasi Canva bersama dengan Sekolah Menengah Bagan Terap melalui jalinan pintar Politeknik Sultan Idris Shah.

Program CSR ini melibatkan penceramah dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Politeknik Sultan Idris Shah Ts. NOORQURSIAH BINTI SAAD. Kursus CSR Canva ini telah disertai oleh 80 orang guru-guru SMK Bagan Terap.

Semoga semua peserta memperolehi manfaat dari program CSR jalinan pintar ini.

Sekian, terima kasih.

#PSISdesigningYourFuture
#Psisdihati