PSIS & KOMUNITI TEMPATAN SAHUT CABARAN BERSIHKAN PANTAI MELALUI PROGRAM INTERNATIONAL COASTAL CLEAN-UP DAY (ICC) 2022
- Details
- Hits: 276
PSIS & KOMUNITI TEMPATAN SAHUT CABARAN BERSIHKAN PANTAI MELALUI PROGRAM INTERNATIONAL COASTAL CLEAN-UP DAY (ICC) 2022
SABAK BERNAM, 24 September 2022 -Unit Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional , KRT Seri Sentosa, KRT Kg Penerangan dan KRT Taman Sekinchan telah menganjurkan Program International Coastal Clean-Up Day (ICC) 2022 di Pantai Redang,Sekinchan, Selangor.
INTERNATIONAL COASTAL CLEAN-UP DAY adalah salah satu aktiviti sukarelawanan tahunan yang terbesar di dunia dalam usaha melindungi lautan daripada sampah sarap. Program ini menggunakan aplikasi daripada Reef Check Malaysia bagi mengira jumlah sampah sarap yang dikumpulkan.
Seramai 60 pelajar beserta 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada tiga KRT yang terlibat dalam program tersebut. Program ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi seperti Jabatan Perpaduan dan Majlis Daerah Sabak Bernam Negeri Selangor.
Objektif utama program ini adalah bagi menanam jati diri yang cinta serta menghargai alam sekitar. Kesedaran dan tanggungjawab kepada pelajar serta komuniti juga dapat diterapkan bukan sahaja di kawasan pantai tetapi menjurus kepada aktiviti-aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan persekitaran komuniti khususnya yang berkaitan flora dan fauna.
Antara pengisian aktiviti yang terlibat, semua sukarelawan akan berkumpul dan bersama-sama mengumpulkan sampah di sepanjang pantai di lokasi masing-masing dan mencatat maklumat mengenai jenis sampah yang telah dikumpulkan. Hasil kutipan sampah yang telah dikumpulkan telah direkodkan ke dalam aplikasi Clean Well bagi tujuan statistik sampah yang terkumpul di kawasan pantai di seluruh dunia.
Para pelajar, sukarelawan serta komuniti terlibat telah mendapat pendedahan dari segi kesedaran serta tanggungjawab kebersihan pantai serta alam sekitar. Tambahan lagi, program ini juga telah membuka mata komuniti yang berdekatan tentang amalan pentingnya kebersihan pantai sekaligus hidupan sekitarnya menerima impak yang positif dari segi air laut yang bersih serta udara yang yang dihirup lebih segar dan menenangkan.
Turut hadir ke Program INTERNATIONAL COASTAL CLEAN-UP DAY (ICC) 2022 adalah Yang Hormat Dato’ Seri Jamal bin Mad Yunos, Yang Di Pertua Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung Parlimen Sg Besar, dan Haji Zainuddin bin Kasmuri, selaku Ketua Unit Perhubungan Dan Komunikasi Korporat Politeknik Sultan Idris Shah.
#PSISdesigningYourFuture
#PSISdihati