Larian Merdeka PSIS

Telah berlangsung dengan jayanya Larian Merdeka PSIS pada 28 Ogos 2022 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan PSIS 2022. Seramai 477 orang peserta telah berjaya menamatkan larian sejauh 12km (PSIS-Parit Baru-PSIS). Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSIS dengan kerjasama Kelab Sekretariat Rakan Muda (SRM) PSIS ini bermula pada 7.30pg dan tamat pada 10.30pg dan telah dirasmikan oleh KJPPPel, Tn.Hj Che Samsuriza Che Noh.

Tahniah diucapkan.

#PSISdesigningYourFuture
#PSISdihati