LARIAN MERDEKA PSIS 2022

Telah berlangsung Larian Merdeka PSIS 2022 yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebajian dan Rekreasi Politeknik Sultan Idris Shah. Penyertaan terbuka kepada semua kakitangan PSIS dan mejoriti peserta larian merupakan pensyarah PSIS. Kategori yang dipertandingan adalah 6KM Lelaki Berpasangan dan 3KM Wanita Berpasangan. Semua peserta yang terlibat terlebih dahulu perlu menyertai Senam Robik Green Healthy Programme PSIS yang dianjurkan oleh Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Kokurikulum dengan kerjasama Pelajar Semester Pendek Diploma Teknologi Maklumat 1B. Kesemua peserta yang terlibat telah memulakan larian serentak pada jam 8.30 pagi.

Matlamat utama program adalah menarik kakitangan PSIS supaya sentiasa menjalani gaya hidup sihat dan menjadikannya amalan seharian. Di samping itu, selain matlamat mencari pemenang, nilai kebersamaan dan kepercayaan juga diterapkan dalam kejohanan ini. Rata-rata peserta yang terlibat cuku berpuasa hati dan mengharapkan aktiviti seperti ini sentiasa diadakan. Semua hadiah pemenang Larian Merdeka 2022 telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ts. Zulkurnain bin Shahadan Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah. “JOM SEMARAKAN BULAN KEMERDEKAAN DENGAN GAYA HIDUP SIHAT”

Berikut adalah keputusan Larian Merdeka 2022
Kategori Lelaki 6KM
JOHAN: MUHAMAD SOLLEHAN BIN MISRI & MOHD NASIR BIN MOHD YUSOF
NAIB JOHAN: AHMAD ZAIYAD BIN IDRUS & SHAHRIL KHAIRI BIN ABDUL SHUKOR
TEMPAT KE-3: MUHAMAD ANUAR BIN MARSIB & MUHAIMIN BIN MUJI
TEMPAT KE-4: HAIRULANUAR BIN ROSMAN & MOHAMAD FAIZ BIN JAMALUDIN

Kategori Wanita 3KM
JOHAN: SITI AISHAH BINTI MOHAMAD SIS & CHIA SOI LEE
NAIB JOHAN: NOOR AZIRA BT ABDULL RAZAK & RASNA BT MANSUR
TEMPAT KE-3: HERLIANA BINTI HASSAN & SETI SUHADAINI BINTI MOHAMMED
TEMPAT KE-4: SITI NORZAEMAH BT MOHD RASHID & NUR SHUHADA BINTI ARBAAN

Tahniah KKR PSIS di atas penganjuran!

Sekian.