Jabatan Kejuruteraan Awam telah menerima kunjungan lawatan penanda aras dari Malaysian Institute Of Chemical And Bioengineering (MICET), UniKL. 

4 Ogos 2022.

Seramai 6 orang pegawai hadir membincangkan beberapa perkara usahasama yang boleh dimainkan kedua-dua belah pihak seperti pemindahan kredit untuk pelajar menyambung pengajian, kerjasama projek pelajar tahun akhir, perkongsian peralatan dan kepakaran, sijil professional serta aktiviti bersama kelab pelajar.

Semasa lawatan, mereka turut dibawa ke Makmal Alam Sekitar, Pusat CWASCO, Bengkel-Bengkel Kejuruteraan dan Green Studio.

Semoga lawatan ini akan menjalinkan hubungan yang lebih baik antara PSIS dan UniKL.

Sekian.

#PSISdesigningYourFuture
#PSISdihati