KURSUS TOT (TRAINING OF TRAINERS) PENSYARAH & MENTOR KEUSAHAWANAN PSIS 3-4 OGOS 2022

Seramai 25 orang pensyarah dan mentor keusahawanan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah berjaya menamatkan kursus certified trainer's iaitu Kursus TOT PENSYARAH & MENTOR KEUSAHAWANAN yang berlangsung selama 2 hari, 3 hingga 4 Ogos ( Rabu - Khamis) 2022 bertempat di Unit Pembangunan Usahawan PSIS.

Kursus yang julung kali ini, melibatkan pelbagai pensyarah daripada jabatan akademik untuk mencapai KPI, bilangan tenaga pengajar pensyarah yang menghadiri kursus profesional keusahawanan tahun semasa.

Hari pertama kursus, 3 Ogos 2022, melibatkan intipati tentang pengurusan KPI keusahawanan POLYCC, peluang dan cabaran serta pengurusan anugerah keusahawanan MEA AWARDS KPT dan pengurusan pertandingan & inovasi pelajar serta alumni.
Penceramah jemputan, En. Mohd Asyraf Md. Sum dan En. Mohamad Ali Hamzah dari Unit Keusahawanan & Alumni, BAPP JPPKK.
Semua peserta beriltizam untuk memantapkan lagi penglibatan dan pengurusan keusahawanan POLYCC pada masa depan.

Hari kedua kursus, 4 Ogos 2022, semua peserta telah didedahkan dengan pengurusan minda & produk usahawan berjaya. Disamping simulasi dan teknik penghasilan produk inovasi untuk pasaran semasa. Usahawan ternama, En. Sahnon Ahmad, CEO & Founder Mudah Makan Sdn Bhd telah membimbing semua peserta dengan baik dan berkesan. Slot LDK, peserta telah berjaya membentangkan hasil kerja kumpulan dengan penuh semangat dan baik, serta sekaligus telah memberi impak yang mendalam kepada peserta tentang ilmu keusahawanan sebenar yang dapat dipelajari sepanjang kursus berlangsung.

Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang dan diiktiraf sebagai Certified Trainers Coach untuk kursus keusahawanan POLYCC.

Sekalung tahniah & syabas buat semua jawatankuasa urusetia, Unit Pembangunan Usahawan (UPU) & Unit Kompetensi Pembangunan Kerjaya (UKPK), yang dipimpin oleh En. Haziri Husain dan En Azman Ahmad di atas penganjuran kursus kali ini.

Majlis perasmian dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh Ts. Nizam Mohd Nasir, Timbalan Pengarah Akademik PSIS, juga selaku penasihat kepada Unit Pembangunan Usahawan (UPU) PSIS.

Jom Jadi Usahawan. Kami latih anda. Do it now.
Sertai kami di Unit Pembangunan Usahawan PSIS untuk merealisasikan impian anda sebagai USAHAWAN JUTAWAN.

#welovepolycc
#gopsisentrepreneursflyhigh
#psisentrepreneurship
#politekniksultanidrisshah
#pensyarah&mentorusahawan
#politeknikkolejkomuniti
#kementerianpengajiantinggi