Majlis Kelulusan Dokumentasi ISO 21001:2018 Educational Organizations Management System (EOMS)

Tarikh: 2.8.2022
Hari: Selasa
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Seri Tanjung, Politeknik Sultan Idris Shah

Bersempena dengan Minggu Kualiti PSIS 2022, Unit Pengurusan Jaminan Kualiti telah pun mengadakan Majlis Kelulusan Dokumentasi ISO 21001:2018 Educational Organizations Management System (EOMS) yang dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai dari Unit Pengurusan Jaminan Kualiti.

Majlis ini diadakan khas untuk mendapatkan kelulusan daripada Tn. Pengarah dan seterusnya menandatangani Dokumen Kualiti Dalaman yang telah lengkap.

Dokumen-dokumen tersebut telah pun dibangunkan oleh pemilik prosedur yang dilantik di dalam empat siri bengkel yang bermula Mac lalu. Dokumen-dokumen ini lengkap disediakan pada siri bengkel terakhir dan disemak oleh panel dalaman pada Bengkel Semakan Akhir Dokumentasi ISO 21001:2018 Educational Organizations Management System (EOMS) pada 26 hingga 28 Julai yang lepas.

Dengan kelulusan yang telah diperoleh, dokumentasi ISO 21001:2018 secara rasminya dikuatkuasakan penggunaannya.

Sekian.

#PSISDesigningYourFuture
#PSISdihati