Seminar Harta Pusaka "Biar Tahu Jangan Keliru"

Tarikh: 02 Ogos 2022
Tempat: Dewan Seri Sabak,PSIS

Telah berlangsung satu seminar berkaitan pengurusan harta pusaka yang telah dianjurkan secara bersama antara Jabatan Pengajian Am (JPA) PSIS, Unit Kompetensi dan Pembangunan Kerjaya (UKPK) PSIS dan pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Seminar ini disertai oleh 136 peserta yang terdiri dari warga PSIS, wakil-wakil dari pihak sekolah, institusi berdekatan dan komuniti setempat.

Penceramah seminar ini disampaikan sendiri oleh Al-Fadhil Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor.

Seminar yang dijalankan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari dilihat berjaya mencapai sasaran serta impak yang baik kepada peserta seminar.

#PSISDesingningYourFuture