MAJLIS PENYERAHAN PRODUK INOVASI E- LEARNING KIDS MOBILE APPSDI TADIKA PERMATA NUR IMAN AL- BAGHDADI PLAYTIME CENTRE

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Produk Inovasi e-Learning Kids Mobile Apps pada 28 Julai 2022 (khamis) bertempat di Tadika Permata Nur Iman, Al-Baghdadi Playtime Centre, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Butiran Produk Inovasi adalah seperti berikut :

Nama Produk Inovasi :e-Learning Kids Mobile Apps
MyIPo No. :CRLY2022W01398, Copyright ACT 1987 (Act 322)
Jabatan:Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PSIS
Pembangun Produk:Cik. Nurul Syahira Binti Jamaluddin, Cik. Farathul Ain Binti Basir, Cik. Nur Syazwani Binti Zainuddin dan Ts. Norqursiah Binti Saad

Aplikasi tersebut dibangunkan oleh kumpuan inovasi yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Sultan Idris Shah. Pembangunan produk inovasi ini telah mencapai KPI 25: PPI : Teras 6 iaitu Memperkasa Penyelidikan dan Inovasi dengan bilangan pembangunan inovasi pada tahun semasa diperingkat institusi yang didaftarkan perlindungan harta intelek dan diaplikasikan kepada industri/jabatan/komuniti.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Penyerahan Produk Inovasi ini terutamanya Barisan Pengurusan Tertinggi Politeknik Sultan Idris Shah, Ketua Jabatan dan Pengurusan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Ketua Unit dan Kakitangan Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial PSIS, Pihak Pengurusan Tadika Permata Nur Iman, Al-Baghdadi Playtime Centre, Kuala Selangor, Kumpulan Pelajar Inovasi JTMK, pensyarah JTMK dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis penyerahan Produk Inovasi ini.

Semoga produk inovasi ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran terutama kepada guru-guru dan murid-murid di Tadika Permata Nur Iman, Al-Baghdadi Playtime Centre, Kuala Selangor

sekian.

#MyPremierDigitalTech
#jtmkpsis