CSR Tanam Pokok Bakau di Taman Alam Kuala Selangor

Tarikh: 23 Julai 2022

Telah berlangsung program CSR tanam Pokok Bakau di Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Selangor. Program ini melibatkan 27 orang sukarelawan pelajar JTMK PSIS dan 13 orang staf PSIS.

Program CSR kali ini diberi nama Program Inisiatif Pucuk Hijau di bawah kendalian syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. Sebanyak 1200 pokok bakau telah selesai ditanam.

Program CSR pada kali ini telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutamanya barisan pengurusan tertinggi syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd keraana sudi menjemput kami untuk menyertai program ini.


#PSISdesigningYourFuture