Majlis Perasmian Pembukaan Program Jalinan Warisan Antarabangsa Politeknik dan Kolej Komuniti 2022 yang bertemakan “Yok Dolan Dolan Sabak Bernam”- Jom Jalan - Jalan Sabak Bernam

Tarikh: 21 Julai 2022
Tempat : Bilik Seri Tanjung, PSIS

Telah berlansungnya Majlis Perasmian Pembukaan Program Jalinan Warisan Antarabangsa Politeknik dan Kolej Komuniti 2022 yang bertemakan “Yok Dolan Dolan Sabak Bernam”- Jom Jalan - Jalan Sabak Bernam anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Politeknik MeTro Tasek Gelugor (PMTG). Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Husni Bin Walid, Pensyarah Jabatan Pengajian Am, seterusnya ucapan oleh Pengarah Program Puan Noorarizawaty Binti Aris dan ucapan aluan oleh Ts. Khairul Anuar bin Ishak, Pengarah PMTG serta ucapan perasmian oleh Ts. Zulkurnain Bin Shahadan, Pengarah PSIS.

Program diteruskan lagi dengan webinar yang bertajuk “Warisan Komuniti dan Kelestarian Budaya dalam Negara Asean”. Penceramah webinar tersebut terdiri daripada 5 negara asia iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia.

Program yang akan berlangsung selama 4 hari ini bertujuan membantu pelajar menanamkan pengetahuan berkonsepkan edu-budaya melalui bengkel budaya dan warisan serta aktiviti- aktiviti kebudayaan serta mewujudkan sebuah platform dalam menjalin perpaduan dan menanam jati pelajar yang cintakan negara melalui kebudayaan, warisan, dan kesenian.

Sekian.

#JalinanWarisanPolyCC2022
#yokdolandolansabakbernam
#PSIS