LAWATAN KEUSAHAWANAN BERSAMA RAKAN KOLABORASI SIRAH HERITAGE HOLDING SDN.BHD. (TUUU DIA PAK TAM)

Tarikh: 18 Julai 2022

Lawatan Kerja Tuan Pengarah PSIS Dan Perbincangan Inkubator Keusahawanan, Unit Pembangunan Usahawan PSIS ke syarikat rakan kolaborasi PSIS, Sirah Heritage Holdings Sdn. Bhd. (Tuuu Dia Pak Tam) ke kilang Central Production Unit (CPU) Pak Tam di Batu Caves, Selangor dan pejabat urusan di Selayang.
Pengasas Tuuu Dia Pak Tam iaitu, Tuan Hj Ruslin Bin Hj Ibrahim (Pak Tam) dan CEO Sirah Heritage Holdings Sdn Bhd, En Muhammad Shazwan Hj Ruslin serta Pengarah Sirah Heritage Holdings, Dato Hj Izelan Bin Basar menyambut baik kunjungan lawatan kerja Pengarah PSIS, Ts. Zulkurnain Bin Shahadan bersama-sama dengan pegawai Unit Pembangunan Usahawan PSIS serta pensyarah dan mentor keusahawanan PSIS. Penerangan yang jelas disampaikan oleh CEO syarikat semasa sesi lawatan ke kilang CPU Pak Tam berkaitan dengan operasi penghasilan produk dan output pengeluaran harian. Pihak PSIS amat berbesar hati dengan pencapaian semasa syarikat. Tuan Pengarah PSIS menyatakan hasrat untuk penubuhan inkubator keusahawanan Pak Tam di dalam kampus politeknik dalam masa terdekat dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengurusan syarikat Tuuu Dia Pak Tam. Ini selaras dengan usaha jangka panjang PSIS untuk mendepani konsep IOC (Industry on Campus) dan juga Teaching Factory bidang keusahawanan, demi melonjakkan lagi penglibatan pelajar ke arah aplikasi Job Creator pada masa depan. Graduan holistik yang bercirikan keusahawanan serta seimbang teras pembangunan modal insan fokus PSIS bagi melahirkan juara TVET negara.

#GoPSISentrepreneurs
#weflyhigh
#tuuudiapaktam
#inkubatorusahawanpaktam
#fbpsisentrepreneurship