PROGRAM IBADAH KORBAN PSIS 2022

Tarikh: 13 Julai 2022
Hari: Rabu

Telah berlangsung Program Korban Politeknik Sultan Idris Shah 2022 anjuran Pusat Islam PSIS dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am PSIS. Staf PSIS bergotong-royong menguruskan ibadah korban yang melibatkan 2 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Aktiviti bermula dari proses sembelih, melapah, memotong, menimbang dan mengagihkan daging korban kepada pekerja kontrak pembersihan, pekerja kontrak elektrik, pekerja kontrak keselamatan dan staf PSIS. Daging korban disampaikan oleh Ts. Zulkurnain Bin Shahadan, Pengarah PSIS. Program diteruskan dengan jamuan Hari Raya Adiladha PSIS dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar yang berada di kampus serta tetamu jemputan.

Pihak Pengurusan PSIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf yang terlibat dalam menjayakan program ibadah korban pada tahun ini.

Sekian.