Majlis Penutup Program Pertukaran Pelajar Dalam Talian SEAMEO TVET 2022 : Kumpulan 1 Politeknik Sultan Idris Shah dan Universitas Islam Indonesia

Tarikh: 27 Jun 2022
Masa: 3.00 petang
Platform: Webex

Unit Pengantarabangsaan bersama Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Idris Shah telah berjaya menganjurkan Majlis Penutup Program Pertukaran Pelajar Dalam Talian SEAMEO TVET 2022 : Kumpulan 1 PSIS UII pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang tadi. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ts. Zulkurnain bin Shahadan ; Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah. Antara pengisian majlis adalah ucapan aluan daripada Unit Pengantarabangsaan PSIS dan Direktorat Perkongsian & Hal Ehwal Antarabangsa UII. Selain itu, majlis menayangkan kompilasi multimedia yang mendokumenkan gambar dan video aktiviti sepanjang tiga minggu serta maklumbalas pelajar dan pensyarah yang terlibat di dalam program pertukaran pelajar ini .
Semoga kejayaan kumpulan pelajar DIB yang pertama ini akan menjadi pencetus inspirasi kepada kumpulan pelajar seterusnya di semua Jabatan Akademik PSIS untuk memberi komitmen terbaik di dalam penyertaan program pertukaran pelajar di masa hadapan.

Selamat maju jaya di masa hadapan buat Muhammad Hafiz Bin Mohammad Shahar, Wan Zafran Zuhaili Bin Shamsudin , Aina Afrina Binti Amran dan Nur Amirah Bt Airuddin.

Sekian.