HARI PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH FASA 2 SESI II 2021/2022
- Details
- Hits: 542
HARI PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH FASA 2 SESI II 2021/2022
Tarikh : 16 Mei 2022
Hari : Isnin
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Alhamdulillah selesai pendaftaran kolej kediaman Politeknik Sultan Idris Shah bagi Sesi II 2021/2022. Seramai 1443 orang pelajar mendaftar masuk ke kolej kediaman masing- masing.
Proses pendaftaran kolej kediaman berjalan lancar. Pelajar yang hadir memakai pelitup muka ketika memasuki ke dewan pendaftaran seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pihak Pengurusan PSIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak PDRM yang hadir memantau proses pendaftaran kolej kediaman dan memberi kerjasama yang baik serta syabas buat kakitangan PSIS & pelajar sukarelawan yang komited menjalankan tugas.
Pihak Pengurusan juga ingin mengucapkan Selamat Kembali ke kampus kepada semua pelajar yang mendaftar hari ini.
Sekian.