LAWATAN CASE STUDY MAJLIS AKREDITASI DAN PENDIDIKAN SENI BINA MALAYSIA (MAPS), LEMBAGA ARKITEK MALAYSIA (LAM) KE POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
- Details
- Hits: 271
Lawatan Case Study Majlis Akreditasi dan Pendidikan Seni Bina Malaysia (MAPS), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) ke Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
Tarikh: 11 Mei 2022,
Hari: Rabu
Pada 11 Mei 2022 yang lalu, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menerima satu kunjungan Lawatan Case Study Majlis Akreditasi dan Pendidikan Seni Bina Malaysia (MAPS), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang terdiri dari tiga orang panel;
1) Ar. Norzaini Bin Mufti,
2) Prof. Madya Dr. Alice Sabrina Ismail dan
3) En. Azari Bin Mat Yasir.
Program satu hari ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Ts Nizam Bin Mohd Nasir dan diteruskan dengan tiga taklimat utama dari;
1) Timbalan Pengarah Bahagian Kurikulum JPPKK, Pn. Noraina Binti Abdul Rahman,
2) Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Pn Saedah Johnny Noakes dan
3) Ketua Program Seni Bina, Pn Naeemah Binti Yusof.
Pada sebelah petang, Tuan Pengarah PSIS, Ts. Zulkurnain Bin Shahadan bersama-sama TPA, KJKA, wakil JPPKK serta pensyarah-pensyarah DSB telah mengiringi delegasi dari LAM melawat fasiliti dan kemudahan Program Seni Bina PSIS di Jabatan Kejuruteraan Awam. Sesi lawatan ini telah melibatkan kunjungan ke Galeri Hayat, Makmal CADD, Bilik AV, SIDA Resource Centre serta Studio Rekabentuk Seni Bina.
Sesi Perbincangan dan Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Tn Pengarah Ts. Zulkurnain Bin Shahadan. Hasil maklum balas perbincangan, pihak Majlis Akreditasi dan Pendidikan Seni Bina Malaysia (MAPS), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) telah berpuas hati dengan dapatan lawatan ini. Besar harapan PSIS agar proses permohonan akreditasi bagi Program Diploma Seni Bina, Politeknik Malaysia ini berjaya dan akan berjalan lancar.
Sekian