MAJLIS PENGHARGAAN MENTOR MENTEE 2021 DAN PELANCARAN PROGRAM PEMENTORAN PSIS 2022
Tarikh : 27 April 2022 (Rabu)
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Bilik Seri Tanjung, PSIS
Telah berlangsung nya Majlis Penghargaan Mentor Mentee 2021 dan Pelancaran Program Pementoran PSIS 2022 bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada pegawai-pegawai Politeknik Sultan Idris Shah yang telah terpilih sebagai Mentor dan Mentee bagi Program Pementoran PSIS 2021 dan 2022.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 4 orang mentor dan 9 orang mentee yang telah terlibat dan memberikan sepenuh komitmen dalam Program Pementoran PSIS pada tahun 2021. Tahniah juga diucapkan kepada semua pegawai, 6 orang mentor dan 10 orang menti yang telah tercalon dan terpilih sebagai Mentor dan Menti bagi Program Pementoran bagi bulan 2022.
Semoga dengan penghargaan ini akan menaikkan lagi semangat di samping menjadi inspirasi kepada semua warga PSIS untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik dan berdedikasi.
Sekian.
Ke Atas