BENGKEL TIKTOK FOR MARKETING SEMPENA PROGRAM TIKTOK PRENEUR : "INTEGRATING TIKTOK INTO YOUR DIGITAL MARKKETING STRATEGY"

Tarikh : 15 April 2022 (Jumaat)
Masa` : 8:00 pagi - 12:40 tengahari
Platform : Ms. Team

Bengkel TikTok for Business Marketing telah berlangsung secara atas talian dan telah disampaikan oleh Encik Wan Luqman Hakim bin Wan Khairuddin, Digital Marketing Profesional daripada Youmeden. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar JTMK PSIS khususnya kepada para pelajar semester 1 dan pelajar semester 2 yang mengambil kursus DFT30103 Cyberpreneurship mengenai kandungan, teknik mengedit video , kaedah penjenamaan dan teknik rahsia aplikasi TikTok.

Bengkel telah dimulakan dengan kata aluan daripada Ts. Zurita binti Abdul Kadir selaku Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bengkel telah berlangsung selama 4 jam dan mendapat penyertaan seramai 131 orang pelajar.

Semoga para pelajar telah mendapat pelbagai ilmu mengenai cara membuat kandungan video yang menarik minat penonton, teknik-teknik pemasaran menggunakan TikTok dan semoga ilmu yang telah dipelajari menjadi suatu nilai tambah kepada para pelajar untuk memasarkan produk perniagaan dengan lebih berkesan.

Sekian, terima kasih.