Majlis Pelancaran Program Virtual Enviroride Challenge “Only One Earth – Green Mobility + Fitness”

Tarikh: 08 April 2022
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Sri Tanjung & Dalam Talian

Telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Virtual Enviroride Challenge “Only One Earth – Green Mobility + Fitness” anjuran Persatuan Mata Hati Malaysia (PMHM) dengan kerjasama Politeknik Sultan Idris Shah secara bersemuka dan dalam talian. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis oleh Ts. Fatin Shafinas Binti Rokman, bacaan doa oleh Ts. Anuar Bin Abdul Wahab, diikuti dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Persatuan Mata Hati Malaysia, YBhg. Datuk Ab Rahim Bin Md Noor, dan ucapatama dan perasmian oleh CEO Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation Ts. Syamsul Bahar Mohd Nor.

Program Virtual Enviroride Challenge diadakan bagi tujuan untuk menggalakkan budaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia melalui aktiviti berbasikal di samping memupuk sikap cinta dan menghargai alam sekitar.

Turut hadir bersama Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Ts Zulkarnain Bin Shahadan, Timbalan Pengarah Akademik, Ts Nizam Bin Mohd Nasir ,Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Norman Bin Zamri serta Jawatankuasa Virtual Enviroride Challenge.