BENGKEL GRAFIK SENI BINA 2022
- Details
- Hits: 336
BENGKEL GRAFIK SENI BINA 2022
Tarikh: 30 & 31 Mac 2022
Tempat: Dewan Sri Lang, PSIS
Unit Seni Bina Jabatan Kejuruteraan Awam telah menganjurkan Bengkel Grafik Seni Bina 2022 bertempat di Dewan Sri Lang,PSIS. Program yang diadakan selama 2 hari ini melibatkan seramai 70 orang pelajar kemasukan fasa 1 , Diploma Seni Bina bagi sesi 2 2021/2022 secara bersemuka dan baki 53 orang pelajar lagi menyertai bengkel ini secara atas talian. Objektif utama bengkel ini dijalankan adalah untuk menambahbaik kemahiran para pelajar dalam lukisan persembahan Seni Bina secara manual terutamanya teknik-teknik lakaran seterusnya kaedah bagi menghasilkan lukisan persembahan yang menarik.
Pengarah Urusan AJREKA, Encik Jomaithir bin Johari telah dijemput bagi menjadi penceramah bagi bengkel ini. Beliau merupakan seorang pakar ilustrasi dalam bidang Seni Bina yang sangat berpengalaman dalam menghasilkan ilustrasi Seni Bina secara manual dan telah menghasilkan sebanyak 23 buah buku berkaitan lukisan persembahan Seni Bina. Beliau juga banyak terlibat dalam penghasilan dan penyediaan lukisan Seni Bina secara professional untuk arkitek, pemaju, arkitek landskap, perekabentuk dalaman, perancang bandar, badan kerajaan dan swasta di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Di akhir bengkel ini, semua pelajar amat berpuas hati dengan perkongsian teknik yang telah diberi dan kerja yang dapat dihasilkan. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dalam meningkatkan kemahiran dalam lukisan persembahan seni bina secara manual. Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Norman bin Zamri dengan diiringi oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Puan Saedah Johnny Noakes.
Sekian.