LAWATAN KERJA PENANDAARASAN (BENCHMARKING) UNIT PEMBANGUNAN USAHAWAN PSIS DI BEBERAPA INDUSTRI DI PULAU PINANG DAN SUNGAI PETANI, KEDAH
- Details
- Hits: 494
LAWATAN KERJA PENANDAARASAN (BENCHMARKING) UNIT PEMBANGUNAN USAHAWAN PSIS DI BEBERAPA INDUSTRI DI PULAU PINANG DAN SUNGAI PETANI, KEDAH
Tarikh: 29 – 31 Mac 2022
Bagi memperkasakan lagi ekosistem keusahawanan PSIS serta usaha untuk meningkatkan bilangan aktiviti keusahawanan pelajar di dalam kampus dan juga dalam talian (online) maka, Jawatankuasa Unit Pembangunan Usahawan (UPU), Politeknik Sultan Idris Shah mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan kerja penandaarasan (benchmarking) keusahawanan ke industri-industri pilihan di kawasan sekitar Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah. Lawatan benchmarking ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik industri yang boleh dilaksanakan di Politeknik Sultan Idris Shah kelak.
Antara industri yang terlibat adalah Pak Ali Food Industries Sdn Bhd (Simpang Empat Tasek, Pulau Pinang), Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG), Syukor Burger (Bertam), BOT Industries International Sdn. Bhd, Al Haddad Manufacturing Sdn Bhd (Sg. Petani, Kedah) dan Kopiah Industry Sdn Bhd (Kilang Kopiah Pertama di Malaysia di Kulim, Kedah).
Hasil lawatan membantu semua pensyarah mempelajari aktiviti keusahawanan serta dapat meningkatkan pengetahuan berkenaan bidang perniagaan dengan baik dan berkesan.
Perkongsian pengalaman sebenar daripada kelima-lima pemilik perniagaan berupaya memberikan impak kepada peserta dari segi motivasi, cara berkerja dan kaedah untuk berjaya dalam bidang masing-masing pada masa akan datang. Pihak industri juga menunjukkan minat yang begitu tinggi untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelajar PSIS khususnya ke arah melahirkan graduan usahawan dalam kalangan pelajar.
Lawatan benchmarking ini telah dihadiri oleh Dr. Rosmanizah Binti Derahman, En. Haziri Bin Husain, Pn. Noorashikin Binti Nazir, En. Mohd Zaini Bin Zainudin, Pn. Nurul Fathiah Sufiah Binti Mohd Najhan dan Pn. Nurul Asyikin Binti Azemey.