Penyertaan Staf dan Pelajar dalam program ‘Selangor Consumer Fun Walk’ Sempena Bulan Pengguna Negeri Selangor Tahun 2022


Tarikh: 1 April 2022 (Jumaat)
Masa: 4.00ptg -11.15mlm
Tempat: Sepang International Circuit, KLIA
Anjuran: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Negeri Selangor

'Selangor Consumer Fun Walk' merupakan acara kemuncak sambutan bulan pengguna peringkat negeri Selangor yang telah berlangsung sepanjang bulan Mac 2022 dengan tema 'Digitalisasi Pengguna'. SCFW telah disempurnakan oleh Menteri KPDNHEP, YB Datuk Alexander Nanta Linggi. Pelbagai pengisian menarik sepanjang program berlangsung antaranya zumba, pameran booth, persembahan pentas, busking, food truck dan food stall.

Penyertaan seramai 10 orang staf dan 75 orang pelajar bagi mewakili Gerakan Pengguna Siswa (GPS), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Turut hadir Pengarah PSIS, Ts. Zulkurnain Bin Shahadan, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Norman Bin Zamri, Pengerusi Jawatankuas Kecemerlangan Akademik, Dr. Mazura Binti Mansor, Pegawai Hal Ehwal Pelajar, En. Muhamad Anuar Bin Marsib, Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Ust. Muhammad Shibli Bin Johari, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin) serta 2 orang Penasihat GPS PSIS, En. Zharif Naqiuddin Bin Abdul Munit dan Pn. Rasna Binti Mansur. Peserta perlu melalui 6 check point dengan jarak sejauh 5.5km bagi melayakkan peserta mendapat Sijil Penyertaan.