PELAJAR POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH MENYERTAI SKUAD BOLA JARING NEGERI KEDAH DI KEJOHANAN BOLA JARING REMAJA KEBANGSAAN 2022 KALI KE-36

Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan 2022 ke-36 telah diadakan pada 24 – 27 Mac 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Salah seorang Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah iaitu Nur Fatin Najla binti Norman Effendy dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti yang mengambil jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan telah telah menyertai kejohanan tersebut. Beliau yang menyertai Skuad Bola Jaring Negeri Kedah telah menjalani beberapa fasa latihan di Negeri Kedah sebelum ini. Dalam kejohanan yang diadakan di Kuala Lumpur itu, skuad negeri kedah hanya menang menumpaskan skuad negeri Melaka di peringkat kumpulan serta gagal untuk meneruskan perlawanan bagi peringkat seterusnya. Namun begitu skuad negeri Kedah yang disertai pelajar PSIS telah melakukan yang terbaik demi pasukan mereka.

Walau bagaimana pun, Pihak Politeknik Sultan Idris Shah mengambil kesempatan ini mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada Nur Fatin Najla binti Norman Effendy atas penyertaan beliau mewakili negeri Kedah ke Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan 2022.