Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Idris Shah Tahun 2022

Tarikh: 30 Mac 2022
Masa : 11.00 pagi
Lokasi: Bilik Seri Tanjung & Dalam Talian

Telah berlansungnya Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Idris Shah bagi tahun 2022. Majlis telah dikelolakan oleh Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar (JPPPel) PSIS. Seramai 29 mahasiswa telah terpilih sebagai MPP PSIS yang baharu. Saudari Nur Umairah Binti Zulkafli telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar PSIS bagi tahun 2022 dan beliau kemudiannya memperkenalkan barisan EXCO yang akan menjalankan tugas. Watikah perlantikan telah disampaikan oleh Pengarah PSIS, Ts. Zulkarnain Bin Shahadan.

Semoga barisan MPP PSIS yang baharu dapat menjalankan tugas dengan penuh semangat dan menjaga amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Tahniah & Selamat Maju Jaya !!!