Lawatan Kolaborasi Strategik Politeknik Sultan Idris Shah ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam.

Tarikh: 31 Mac 2022
Masa: 11.00 pagi

Lawatan Kolaborasi Strategik telah diadakan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Norman Bin Zamri. Delegasi PSIS disambut oleh
Pegawai Belia & Sukan Daerah Sabak Bernam, Puan Madekhah Binti Mohammed Zam.
Lawatan ini bertujuan untuk mempelbagaikan program pembangunan pelajar dengan kerjasama yang dirancang untuk manfaat pembangunan belia di masa akan datang.

Hadir sama, Puan Rozanah Binti Adnan, Penolong Pegawai Belia & Sukan Daerah Sabak Bernam, Encik Hairulanuar Bin Rosman , Ketua Jabatan Sukan Kebudayaan & Ko - Kurikulum PSIS, Encik Hashrulhisham Bin Suhaimi, Pegawai Belia & Sukan PSIS, Encik Shahrul Izwan Bin Mat Sharif, Pegawai Belia & Sukan PSIS dan Fairul Nazrul Bin Khairuddin, Pegawai Perhubungan Awam PSIS.

Sekian.