JK HEP JTMK telah menganjurkan program *MAJLIS PERJUMPAAN KETUA JABATAN BERSAMA PELAJAR BAHARU SESI II 2021/2022

Tarikh: 30 Mac 2022
Masa: 2.30 Petang
Tempat: Dewan Seri Sabak yang


Program ini telah dihadiri oleh kesemua 52 orang pelajar Semester 1 serta para pensyarah. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar baharu berkaitan maklumat jabatan, carta organisasi Jabatan, kejayaan jabatan dan penerangan berkaitan trek sistem rangkaian dan trek pembangunan perisian aplikasi bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) untuk tempoh 2.5 tahun pengajian.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Ts. Zurita Binti Abdul Kadir, disusuli oleh Ketua Program Trek Sistem Rangkaian, Puan Zaleha Binti Salamon serta Penolong Ketua Program Trek Pembangunan Perisian dan Aplikasi, Puan Norakmar Binti Mohd Nadzari.

Para pelajar baharu ini juga dapat berinteraksi dan bertanyakan sebarang persoalan berkaitan akademik dan jabatan ketika sesi soal jawab dilaksanakan di penghujung program.

Sekian.