PROGRAM “CORPORATE SOSIAL RESPONSIBILITY” (CSR) SUKARELAWAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SEMPENA PROGRAM PENGINDAHAN DESA KAMPUNG PARIT BARU
- Details
- Hits: 227
Program “Corporate Sosial Responsibility” (CSR) Sukarelawan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah sempena Program Pengindahan Desa Kampung Parit Baru
Tarikh: 26 Mac 2022
Telah berlangsung Program “Corporate Sosial Responsibility” (CSR) Sukarelawan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah sempena Program Pengindahan Desa Kampung Parit Baru anjuran MPKK Parit Baru dengan kerjasama Koperasi Sahabat Sejati Berhad. Aktivi gotong - royong ini telah disertai oleh 30 Sukarelawan pelajar dan 5 orang staf Politeknik Sultan Idris Shah.
Turut sama menjayakan program ini ialah Ketua Kampung Parit Baru Sidang Ishak Bin Harun, Imam 1 Masjid Al-Ma'arufiah Kampung Parit Baru Tuan Haji Badron, Imam 2 Masjid Al-Ma'arufiah Kampung Parit Baru Saudara Irfan, Pengurus Koperasi Sahabat Sejati Berhad Cikgu Ahmad Bin Senin, Pegawai Hal Ehwal Pelajar PSIS Encik Muhamad Anuar Bin Marsib, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan Dan Disiplin) PSIS Ustaz Muhammad Shibli Bin Johari, Pegawai-pegawai dari PSIS, Tok-Tok Sidang, AJK-AJK Masjid serta penduduk-penduduk kampung.
Kampung Parit Baru telah terpilih dalam Senarai 79 kampung yang berjaya memasuki pusingan kedua dalam Senarai pemilihan Kampung Lestari di seluruh Malaysia. Daripada 79 kampung yang berjaya masuk ke pusingan kedua tersebut, Kampung Parit Baru merupakan wakil tunggal bagi Negeri Selangor.
Semoga kampung Parit Baru berjaya masuk dalam Senarai 13 Kampung Lestari di seluruh Malaysia Dan berjaya mendapat hadiah yang lumayan.
Tahniah & Syabas kepada semua yang terlibat 👍🏻👍🏻👍🏻
Sekian.