KURSUS ASAS PEMBUATAN ROTI
- Details
- Hits: 833
KURSUS ASAS PEMBUATAN ROTI
Tarikh: 22 Mac 2022
Masa: 8.30 pagi- 4.30 petang
Tempat: Dapur Latihan A, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, PSIS
Kursus Asas Pembuatan Roti telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Jumlah peserta yang terlibat ialah seramai 25 orang yang terdiri dari pelajar dan tenaga pengajar ILDAS, Sabak Bernam. Kursus ini merupakan latihan pengajian sepanjang hayat berkonsep TVET dengan pendekatan hands-on yang berfokus kepada memberi kemahiran kepada peserta untuk menghasilkan roti diperingkat asas. Peserta didedahkan dengan pengenalan kepada peralatan memasak yang digunakan untuk pembuatan roti, bahan-bahan mentah mengikut resipi dan teknik-teknik membancuh, menguli dan membakar bagi menghasilkan produk roti yang berkualiti. Antara produk roti yang berjaya dihasilkan ialah Roti Sosej, Soft Roll, Roti Kacang Merah dan Roti Floss Ayam. Kursus ini adalah usahasama di antara Jabatan Pelancongan & Hospitaliti dan Unit Kompetensi & Pembangunan Kerjaya PSIS dan berkolaborasi bersama Pondok Rahmat Project (NPO) di bawah Program Time Sector Privatisation.
Sekian.