PERBINCANGAN BERSAMA POLITEKNIK BAGAN DATUK BERKENAAN PERMOHONAN PERKHIDMATAN PEMANDU KENDERAAN H11

Tarikh: 15 Mac 2022
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Seri Tanjung

Telah berlangsung perbincangan bersama Politeknik Bagan Datuk (PBD) berkenaan permohonan perkhidmatan pemandu kenderaan H11 bertempat di Bilik Seri Tanjung, PSIS. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Ts. Zulkurnain Bin Shahadan,Pengarah PSIS dan dihadiri oleh staf PSIS dan Pengarah Politeknik Bagan Datuk En A.Azman Bin Arshad, serta staf PBD. Perbincangan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah PSIS, ucapan aluan Pengarah PBD, diikuti dengan perbincangan antara PSIS dan PBD dan penyerahan cenderamata. Perbincangan berjalan lancar dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Sekian.