Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Selangor

Tarikh: 11 Mac 2022
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Sri Lang,PSIS

Telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Selangor bertempat di Dewan Sri Lang, PSIS. Majlis disempurnakan oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Bin Mohamed. Kejohanan Sepaktraw ini telah berlangsung selama 4 hari mulai 8 Mac hingga 11 Mac 2022.

Hadir sama ke majlis penutupan tersebut Superintendan Agus Salim Bin Mohd Alias, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam serta Ts. Zulkurnain Bin Shahadan, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah.

Tahniah & Syabas diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan dalam kejuaraan ini.

Sekian.