HARI PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH FASA 1 SESI II 2021/2022

Tarikh : 06 Mac 2022
Hari : Ahad
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang

Alhamdulillah selasai pendaftaran kolej kediaman Politeknik Sultan Idris Shah bagi Sesi II 2021/2022. Seramai 750 orang pelajar menjalani ujian saringan Covid -19 sebelum mendaftar masuk ke kolej kediaman masing- masing.

Proses saringan ini dijalankan bagi memastikan pelajar sihat dan ia selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak PDRM yang hadir turut membantu bagi memastikan proses pendaftaran kolej kediaman berjalan lancar dan mengikut standard operating procedure (SOP).

Pihak Pengurusan PSIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak PDRM yang hadir dan memberi kerjasama yang baik serta syabas buat kakitangan PSIS & pelajar sukarelawan yang komited menjalankan tugas.

Pihak Pengurusan juga ingin mengucapkan Selamat Datang & Tahniah kepada pelajar baharu dan Selamat Kembali buat pelajar senior. Anda diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dengan penuh disiplin dan bertanggunjawab agar dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Sekian.