LAWATAN KERJA CEO SIRAH HERITAGE HOLDINGS SDN BHD KEPADA TUAN PENGARAH PSIS

03 Mac 2022 | Khamis

Sesi ' Teh Tarik Bersama CEO' iaitu kunjungan kerja, En. Muhammad Shazwan Bin Hj. Ruslin, CEO Sirah Heritage Holdings Sdn Bhd (Tuuu Dia Pak Tam) kepada Tuan Pengarah PSIS, Ts. Zulkurnain Bin Shahadan telah berlangsung di Unit Pembangunan Usahawan, Politeknik Sultan Idris Shah. Kerjasamasa erat di antara rakan kolaborasi strategik, PSIS & PAK TAM ini telah terjalin sejak tahun 2018 lagi. Perbincangan untuk memantapkan lagi aktiviti ekosistem keusahawanan pelajar untuk aspek inkubator, latihan industri, sangkutan industri pensyarah serta usaha penubuhan konsep 'industry on campus' akan direalisasikan. Delegasi Pak Tam turut dihadiri oleh Dato' Hj Izelan Bin Basar, selaku Pengarah dan Penasihat CEO PakTam dan En. Zikri, Business Development Officer Pak Tam.
Turut hadir Ts. Nizam Bin Mohd Nasir, Timbalan Pengarah Akademik, En. Norman Bin Zamri, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Unit Pembangunan Usahawan, Dr. Rosmanizah Derahman, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, En. Kazar, dan pegawai-pegawai keusahawanan politeknik PSIS.
Semoga PSIS menjadi juara dalam menghasilkan graduan pelajar yang holistik dan bercirikan keusahawanan yang mantap di masa depan. Tahniah Unit Pembangunan Usahawan PSIS terus mengorak langkah ke depan.

#psisentrepreneurship
#wegoflyhigh
#psispaktam