LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN UNIT PEPERIKSAAN & GRADUATE ON TIME (GOT) POLITEKNIK MUKAH KE PSIS

Tarikh: 02 Mac 2022
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Seri Tanjung, PSIS

Telah berlangsung Lawatan Penanda Aras Pengurusan Unit Peperiksaan & Graduate On Time Politeknik Mukah (PMU) ke Politeknik Sultan Idris Shah. Delegasi ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik PMU, Encik Iskandar Bin Redzuan dan disertai 5 orang pegawai PMU. Majlis dimulai dengan tayangan Video Keselamatan BST,aluan pengerusi majlis oleh Encik Rizal Bin Ibrahim, bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah, tayang Video Korporat PSIS, ucapan aluan Timbalan Pengarah PSIS, Ts. Nizam Bin Mohd Nasir, ucapan aluan TPA PMU, pembentangan,dan sesi soal jawab. Program diteruskan lagi dengan lawatan ke Galeri PSIS, Unit Peperiksaan,Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Jabatan Pengurusan & Pembangunan Pelajar dan diakhiri dengan sesi jamuan tengahari dan penyampaian cenderamata.

Sekian.