HARI KEDUA MINGGU TRANSFORMASI SISWA PSIS SESI II: 2021/2022

HARI :SELASA
TARIKH :1 MAC 2022
PLATFORM :Webex

Alhamdulillah selesai hari kedua Minggu Transformasi Siswa (MTS) PSIS Sesi II 2021/2022 secara dalam talian. Sesi pagi dimulakan dengan Taklimat Pengenalan Sistem-sistem Pelajar di PSIS disampaikan oleh Puan Rajipah Binti Ibrahim, Pegawai Teknologi Maklumat,PSIS. Seterusnya, Taklimat Agensi Anti- Dadah Kebangsaan disampaikan oleh Encik Mohd Noor Akmal Bin Abd Razak.

Sesi petang pula dimulakan dengan Taklimat kebajikan, biasiswa dan disiplin oleh Ustaz Shibli Bin Johari dan Slot Bicara Kesihatan Bersama Penasihat Kesihatan Daerah, Dr Siti Diyana Ibrahim.

Sesi malam pula Kuliah Maghrib di platform WebEx yang dikendalikan oleh fasi Adam bin Kitli selaku moderator dan terdapat ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rusdan B. Hasan .Manakala bagi pelajar bukan Muslim pula, mereka mengikuti Slot: Kuliah Moral di platform Microsoft Teams yang dikendalikan oleh fasi Ariff Jabbar. Akhir sekali, Slot Bersama MPP bersama Muhammad Akmal Bin Abd Rahman dan Farah Qistina Binti Azman selaku emcee.