HARI PERTAMA MINGGU TRANSFORMASI SISWA PSIS SESI II: 2021/2022

HARI : ISNIN
TARIKH : 28 FEBRUARI 2022
PLATFORM : WEBEX

Telah berlangsung hari pertama Minggu Transformasi Siswa (MTS) PSIS Sesi II 2021/2022 yang telah dilaksanakan secara atas talian melalui platform WEBEX bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 11.45 malam. Program dimulai dengan sesi Pengenalan Fasilitator. Seramai 7 orang fasilitator terlibat yang terdiri daripada Azizi Zakwan (Komandan), NorSoleha (Penolong Komanden) serta 5 orang lagi fasilitator yang mengambil alih bagi sesi Energizer.

Sesi petang dimulai dengan Taklimat Keselamatan oleh penceramah jemputan iaitu Inspektor Ramesh A/L Letchemenan, IPD Sabak Bernam,Sungai Besar. Taklimat ini berlangsung selama 30 minit. Seterusnya, Pengenalan Politeknik Sultan Idris Shah, disampaikan oleh Encik Muhamad Anuar bin Marsib. Terdapat juga tayangan video “Ucapan Kata Alu-aluan” oleh Pengarah PSIS, Ts. Zulkarnain bin Shahadan. Slot tersebut disudahi dengan tayangan video mengenai insfrastruktur PSIS.

Sesi malam pula, pelajar Muslim mengikuti Slot: Kuliah Maghrib di platform WebEx yang disampaikan oleh Ustaz Izzudin Hilmi bin Mohamad Zaini selaku penceramah jemputan. Manakala bagi pelajar bukan Muslim pula, mereka mengikuti Slot: Kuliah Moral di platform Microsoft Teams yang dikendalikan oleh fasi Ariff Jabbar dan fasi Yuvan.Program diteruskan lagi dengan Taklimat Kolej Kediaman & Taklimat Keselamatan dan Kesihatan. Kedua-dua taklimat ini digabungkan, dengan penceramah yang dijemput Encik Fakhrurrazi bin Awang @ Ghazali, Encik Mohd Ruslan bin Salikin, Encik Mohd Fauzi bin Ali dan Encik Ramu a/l Velusamy. Kedua-dua slot tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab.

Sekian.