MESYUARAT AGUNG PUSPANITA PSIS 2022

Tarikh: 25 Februari 2022
Masa: 2.00 petang
Tempat: Microsoft Teams & Perpustakaan PSIS

Telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PUSPANITA PSIS 2022 secara hybrid di Perpustakaan PSIS dan Microsoft Team.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Rahmah binti Abdullah dan dihadiri oleh kakitangan wanita dan isteri penjawat awam Politeknik Sultan Idris Shah.

Mesyuarat dimulakan ucapan aluan pengacara majlis, bacaan doa dan ucapan Puan Pengerusi diikuti dengan pembentangan aktiviti, pembentangan penyata kewangan dan tayangan video. Cabutan bertuah turut diadakan sepanjang mesyuarat.

Mesyuarat diakhiri dengan penyampaian hadiah Pertandingan Gubahan Sirih Junjung dan Pertandingan Busana Klasik yang disampaikan oleh Dr Mazura binti Mansor.