MESYUARAT & LAWATAN KERJA KOLABORASI PSIS

Selasa, 22 Februari 2022 – Telah berlangsung mesyuarat dan perbincangan aktiviti kolaborasi keusahawanan bagi tahun 2022 di antara Unit Pembangunan Usahawan (UPU) PSIS bersama rakan kolaborasi Sirah Heritage Holdings Sdn Bhd. (Tuuu Dia Pak Tam).

Lawatan kerja ke dalam kawasan kilang Central Production Unit (CPU) Tuuu Dia Pak Tam turut diadakan. Lawatan dan penerangan proses kerja operasi kilang CPU disampaikan oleh CEO, En. Muhammad Shazwan Hj Ruslin dan dibantu oleh En. Zikri (Business Development Officer) dan Cik Amira (Quality Assurance Officer), Tuuu Dia Pak Tam.

Pegawai keusahawanan yang hadir telah dibawa melihat setiap bahagian operasi kilang merangkumi bahagian persiapan bahan, penyimpanan barang, freezer dan chiller, pastri, kuih dan roti serta elemen IOT syarikat yang berteraskan kawalan secara elektronik yang menggunakan teknologi terkini di pasaran termasuk sistem RMS (restaurant management system) dan standard pembekalan halal praktis.

Terima kasih kepada pihak Sirah Heritage Holdings Sdn Bhd. di atas kesudian menerima kunjungan UPU PSIS dan memberikan pengalaman kepada pegawai berhubung sistem pengurusan operasi kilang penyediaan bahan makanan yang mengikut piawaian halal dan bersistematik.