KURSUS AUTODESK AUTOCAD ARCHITECTURE (INTERMEDIATE LEVEL)

TARIKH: 15-16 FEBRUARI 2022
TEMPAT: MAKMAL CADD1, POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH


Kursus Autodesk AutoCAD Architecture telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Jumlah peserta yang terlibat ialah seramai 18 orang yang terdiri dari staf berjawatan Penolong Jurutera dan Pelukis Pelan yang bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam. Kursus ini merupakan latihan pengajian sepanjang hayat profesional dengan pendekatan ‘hands-on practical’ yang lebih berfokus kepada peningkatan (upskilling) kemahiran peserta untuk pengendalian software AutoCAD. Kursus ini telah disempurnakan dengan penyampaian sijil oleh Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah Ts. Zulkurnain Bin Shahadan. Tahniah kepada semua peserta kursus.

Kursus ini adalah usahasama di antara Jabatan Kejuruteraan Awam , Unit Kompetensi & Pembangunan Kerjaya dan warga PSIS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di bawah Program Time Sector Privatisation.