VISUAL STORYTELLER COMPETITION

Tarikh :15 November sehingga 19 Disember 2021
 
Sejajar dengan keperluan penilaian untuk pelajar-pelajar semester 1 yang mengambil kursus DUE10012 Communicative English 1, telah berlangsung satu pertandingan yang menguji kemahiran membaca, berkongsi maklumat dan kebolehan menggunakan aplikasi ICT di dalam pembelajaran. Visual Storyteller Competition anjuran Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Idris Shah telah dilangsungkan pada 15 November sehingga 19 Disember yang lalu.
Pertandingan merangkumi beberapa peringkat yang diselaraskan dengan tempoh pelajar-pelajar perlu menyediakan bahan untuk salah satu penilaian wajib kursus DUE10012. Berkonsepkan 2 dalam 1, pertandingan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang tempoh pembelajaran.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang mengambil kursus Communicative English 1 dan tiga pemenang telah dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Berikut adalah senarai pemenang bagi Visual Storyteller Competition:

Tempat PERTAMA:
NURULIZZAH BINTI SUKIMAN dan SITI NURDINI BINTI SABUDIN (DEP 1A)
 
Tempat KEDUA:
SOLAHUDDIN BIN SULAIMAN, MUHAMMAD HARITH ISKANDAR BIN SUHAIMI, dan PIRAKASH A/L H. RADHAKRISHNAN (DEP 1A)
 
Tempat KETIGA:
INBANAYAGI A/P RAVICHANDRAN, NEELAH A/P GUMARASAMY, dan MUHAMMAD ASHRUL ARIFF BIN MUHAMMAD ASHRAFF PONNIAH (DEP 1A)
 
TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua pemenang!