PROGRAM DIGITAL TECHNOLOGY COMPETITION 2022 (TechCom 2022)
- Details
- Hits: 213
PROGRAM DIGITAL TECHNOLOGY COMPETITION 2022 (TechCom 2022)
Program ini telah berlangsung pada 10 Januari 2022. Program ini merupakan sesi pembentangan akhir bersama panel industri bagi pelajar yang mengambil kursus DFT50114 - Integrated Project dan DFT6014- Integrated Project.
Sebanyak 20 projek inovasi pelajar dipertandingkan yang mana 10 projek inovasi pelajar dari Trek Software Application and Development (SAD) dan 10 projek inovasi pelajar dari Trek Network.
Penilaian dibuat oleh empat orang panel industri yang iaitu En Mohd Hafiz Shukri Bin Mohd Yunus selaku ketua juri bagi Trek SAD dari Kelly OCG Malaysia, Puan Nurainah Binti Abu bakar ketua juri bagi Trek Network dari Politeknik Ungku Omar, Cik Norrazimah Binti Awang Kechik dari NCS Pte Ltd dan En Muhammad Hazim Putra Bin Ismail Putra dari Malaysian Airport Consultancy Services Middle East. Majlis pembukaan program ini telah dirasmikan oleh Ts. Zurita Binti Abdul Kadir, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi PSIS.
Kumpulan seliaan Puan Norakmar Binti Mohd Nadzari muncul sebagai Pemenang Projek Terbaik dengan tajuk projek ABC Transportation By Dual Language hasil inovasi dari 2 orang pelajar iaitu Nurdiyana Binti Muhammad Foo dan Nur Azizah Binti Hamzah dari Trek SAD. Manakala bagi pemenang Persembahan Projek Terbaik telah dimenangi oleh kumpulan seliaan Encik Syaiful Idzwan Bin Mahmud dari trek Network dengan tajuk projek Intelligent Fitting Room hasil inovasi dari 3 orang pelajar iaitu Noorziatul Ain Binti Azmi, Nur Farzana Afza Binti Anuar dan Muhammad Adib Hariz Bin Mohd Soha. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Muat Turun Keputusan Penuh Dgital Technology Competition 2022 (TechCom 2022) Di Sini